Friday, 8 March 2013


Sinopsis

Faris adalah seorang anak orang kaya yang sedang menjalinkan hubungan dengan Rina, seorang guru muzik yang berasal dari sebuah keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dengan Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Semasa itu, Rina telah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia, Jerry lalu dihantar ke rumah anak yatim.
Tujuh belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi seorang remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada ingin berjumpa dengan ibu bapanya yang sedang berada di suatu tempat. Nada pun bertekad untuk ke Jakarta. Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka berdua menjadi lebih dekat.
Nada kini bergabung dengan tiga orang pengemis jalanan iaitu Dodi, Rian dan Banu. Oleh itu, Nada dan kawan-kawannya membina sebuah gerai di depan SMA Tunas Bangsa, di mana Rina ternyata mengajar muzik.
Nada bertemu kembali dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka dekat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah ini, terpesona dengan suara Nada. Hal ini membuat Rasti, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menyingkirkan Nada. Kemudian diketahui bahawa Rasti sebenarnya adalah anak Faris dan Nia. Adakah Rasti dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dahulu? Atau adakah ini akan membuatkan Faris kembali kepada Rina?
Rasti dan Ricky pun memutuskan hubungan mereka atas sebab Rasti amat cemburu kepada Nada yang sering mendapatkan perhatian Ricky. Selepas itu, Rasti pun menjalinkan hubungan dengan Alex, musuh ketat Ricky dari SMA Pembangunan yang bersaing dengan kumpulan bola keranjang dan muzik.
Dalam masa yang sama, Nada telah berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Vito yang berkawan baik dengan Alex. Vito yang telah terjatuh cinta pada Nada berpindah ke SMA Tunas Bangsa untuk mendapatkan cinta Nada. Setelah dia memberitahu Ricky bahawa dia mencintai Nada, Ricky mula sedar bahawa dia juga amat mencintai Nada.
Maka lahirlah sebuah cinta tiga segi di antara Ricky, Nada dan Vito. Pada waktu yang sama, Rasti dan kekasih barunya, Alex telah merancang untuk menghancurkan persahabatan antara Ricky, Nada dan Vito.

No comments:

Post a Comment